|
Sinopsis |
Apa
Yang Perlu Sebagai Seorang Pengurus
Penulis: Daniel M. Boland
ISBN: 983-72-0278-5
Harga: RM 12.50
Sekali pelanggan anda meminta untuk bercakap dengan pengurus,
perniagaan anda dalam bahaya dan reputasi anda
dalam risiko. Jika anda tidak menanganinya secara sensitif, semuanya
bertambah teruk bermula dari situ. Apa
Yang Perlu Sebagai Seorang Pengurus mengajar kita bagaimana
untuk mengekalkan pelanggan-pelanggan daripada mencapai titik
kekecewaan sepenuhnya.
Dr. Boland mempersembahkannya dalam penerangan yang mendalam
bagaimana pengaruh pengurus dan pucuk pimpinan boleh mengubah
perlakuan pekerja. Kunci untuk mengelak kejadian-kejadian yang tidak
menyenangkan ialah dengan memastikan ia tidak terjadi. Apa Yang
Perlu Sebagai Seorang Pengurus mengajar kita bagaimana berurusan
dengan jurujual, pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan.
Kembali
|
Ensiklopedia
Pengurusan: Rujukan Praktikal Bagi Pengurus Jilid 1 & Jilid 2
ISBN: 983-72-0470-2 / 983-72-0471-0
Harga: Jilid 1 - RM 39.50; Jilid 2 - RM 39.50
Dalam apa jua bidang atau tahap pengurusan, tanggungjawab seorang
pengurus sememangnya luas. Adalah menjadi tugas dan kewajipan
pengurus untuk memperolehi hasil yang memuaskan dengan melalui
berbagai-bagai cara.
Buku ini menyediakan bahan bacaan yang mampu menarik minat pengurus
dalam menyentuh tentang isu-isu dan kemahiran pengurusan. Perkara
ini diberi penekanan supaya mereka dapat mengetahui bagaimana cara
untuk mencapai kejayaan yang diimpikan.
Kembali
|
Pengurusan
Terkini
Penulis: Haji Wan Azmi Ramli
ISBN: 983-72-0374-9
Harga: (S/C) - RM 49.50; (H/C) - RM 69.50
Pengurusan Terkini mengandungi 17 Bab, memperkatakan secara
mendalam mengenai Pengurus dan Pengurusan; sistemnya; kakitangan
(personnel); perjawatannya; pentadbirannya; perancangannya; Kumpulan
Kawalan Mutu Kerja (KKMK); pengukuran produktivitinya; peningkatan
kualitinya; pengawalannya; penilaiannya; organisasi kerajaan
Malaysia dengan contoh JKM/Pernas dan seumpamanya dan juga tentang IT
dan Internet dalam pengurusan abad ke-21.
Penulis juga mengetengahkan teorinya sendiri iaitu TEORI KELAWAR
yang memperkatakan tindak-tanduk si ketua yang sering kita temui
dalam sesebuah organisassi/agensi. Saranannya disampaikan dengan
begitu menarik sekali.
Kembali
|
Kuasa
Dan Protokol Menuju Ke Puncak
Penulis: Jeffrey P. Davidson
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 983-72-0512-1
Harga: RM 22.50
Jika anda seorang yang sibuk, inilah "bacaan cepat" yang
mesti dimiliki - menjurus kepada teknik-teknik dan strategi-strategi
bernilai yang pasti akan meningkatkan kejayaan anda dalam PERNIAGAAN
dan dalam KEHIDUPAN PERIBADI anda.
Anda harus menguasai laku lazim dan protokol yang sewajarnya untuk
cemerlang dalam persekitaran perniagaan dan sosial yang penuh dengan
persaingan pada hari ini.
Kembali
|
Pemasaran
Rangkaian Untuk Alaf Baru: Rahsia-Rahsia Pembinaan Organisasi
Pemasaran Rangkaian Yang Bernilai Berjuta Dolar
Penulis: Dr. Joe Rubino
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 983-72-0507-5
Harga: RM 19.00
Dengan buku ini ANDA akan:
 |
Mendapat
enam kunci yang dapat membuka pintu kejayaan dalam pemasaran
rangkaian |
 |
Belajar
bagaimana hendak membina perniagaan anda tanpa rasa ragu atau
takut |
 |
Mencapai
matlamat anda dengan cepat dengan menukar 'pendengaran' anda |
 |
Menggunakan
Seni Prospek untuk menarik perhatian orang ramai umpama magnet |
 |
Memenangi
pemasaran rangkaian |
 |
Memperkembangkan
rancangan perniagaan langkah-demi-langkah bagi menjamin masa
depan anda |
 |
Mencorakkan
"Satu Tindakan Harian" yang meningkatkan pendapatan
anda 10 kali ganda |
 |
Mencipta
wawasan yang menjamin kejayaan anda
Dan BANYAK LAGI!!
Kembali
|
|
Kamus
Kecil Emas Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris-Bahasa
Malaysia
Penyusun: Ibrahim Ismail
Cetakan Pertama: 2000
ISBN: 983-72-0417-8
Harga: RM 9.90
Kamus ini disusun dalam satu kaedah yang boleh menjelaskan lagi
makna dalam bahasa asalnya, iaitu Bahasa Malaysia disamping
terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Ini dibuat memandangkan Bahasa
Malaysia begitu kaya dengan maknanya dan kadangkala boleh dibuat
pelbagai tafsiran.
Bentuk susunannya juga memudahkan anda mencari perkataan yang
dikehendaki. Hurufnya dicetak begitu jelas, terang dan menarik.
Kamus ini juga dapat membantu anda membuat rujukan ejaan istilah.
Ejaan baru yang mutakhir digunakan dalam kamus ini. Dengan ini
terhapuislah segala kesangsian yang anda hadapi selama ini mengenai
penggunaan ejaan baru.
Kembali
|
Kamus
Emas Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris
ISBN: 967-9959-18-X
Harga: RM 5.90
Susunan abjad yang teratur akan memudahkan anda mencari perkataan
yang dikehendaki. Hurufnya dicetak begitu jelas, terang dan menarik.
Kamus ini juga dapat membantu anda membuat rujukan ejaan istilah.
Ejaan baru yang mutakir digunakan dalam kamus ini. Dengan ini
terhapuislah segala kesangsian yang anda hadapi selama ini mengenai
penggunaan ejaan baru.
Kembali
|
Kamus
Jerman Jerman-Malay Malay-Jerman
ISBN: 983-72-003-0
Harga: RM 7.50
Kamus Jerman ini merupakan usaha penyusunan yang luas dan sebahagian
besar percakapan yang paling umum dipergunakan di Jerman.
Bahasa Jerman merupakan bahasa asing bagi kebanyakan orang Malaysia,
oleh itu cara-cara yang tepat diperlukan untuk mempelajarinya.
Justeru itu kamus ini khusus diterbitkan demi kepentingan orang
Malaysia.
Kembali
|
Kamus
Jepun (Jepun-Bahasa Melayu Bahasa Melayu-Jepun)
ISBN: 983-72-0024-3
Harga: RM 19.00
Bahasa Jepun telah lama dipelajari oleh masyarakat kita, baik
sebagai objek pendidikan mahupun sebagai alat komunikasi timbal
balik antara Jepun-Malaysia. Maka dengan alasan tersebut kami
menyusun kamus ini.
Kamus ini disusun dengan menggunakan huruf Latin agar mudah
dipelajari, baik oleh para pelajar mahupun oleh masyarakat umum yang
berminat untuk mempelajari bahasa Jepun.
Kembali
|
Kamus
Lengkap Jepun Inggeris-Jepun-Bahasa Malaysia
ISBN: 967-9959-89-9
Penyusun: Takahashi & Zainudin
Harga: RM 27.50
Kamus ini terdiri daripada tiga bahasa: Inggeris, Jepun dan Bahasa
Malaysia. Penyusunan kamus ini dilakukan secara praktis, ringkas dan
mudah sekali difahami.
Baik bagi orang yang baru belajar, mahupun bagi orang yang yang
telah agak lama mengikuti kursus bahasa-bahasa asing ini, yang
benar-benar berkeinginan maju demi masa depannya yang cemerlang, Kamus
Lengkap Jepun Inggeris-Jepun-Bahasa Malaysia ini merupakan
suatu asas pengetahuan bahasa Inggeris dan Jepun yang perlu
dimiliki.
Kembali
|
Kamus
Lengkap Emas Bahasa Melayu
ISBN: 983-72-0514-8
Harga: RM 17.50
Kamus ini mengandungi pelbagai perkataan-perkataan dan
istilah-istilah baru yang dikemaskinikan khususnya untuk membantu
para pelajar di dalam pembelajaran mereka dan juga untuk kegunaan
pembaca secara umumnya.
Kamus ini memainkan peranan dalam memberikan maklumat bersesuaian
dengan perubahan dan perkembangan yang dialami oleh Bahasa Malaysia
sejak kebelakangan ini. Kamus ini juga diberikan penekanan dari
segi:
 |
Susunan
abjad yang teratur |
 |
Lengkap
dengan huraian |
 |
Makna
yang jelas dan padat |
 |
Menggunakan
bahasa yang mudah difahami |
Kembali
|
Kamus
Mega Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris
ISBN: 983-72-0329-3
Harga: Hard Cover RM 45.00
Kamus ini tidak mengehadkan penggunaannya kepada sesetengah golongan
sahaja. Ia terbuka kepada semua! Tidak kira sama ada anda seorang
pelajar ataupun seorang suri rumah. Ia juga dapat membantu seorang
penterjemah mencari padanan perkataan yang sesuai daripada perkataan
bahasa Melayu (bahasa sumber) kepada bahasa Inggeris (bahasa
sasaran).
Kembali
|
Kamus
Kejuruteraan Elektrik
Penyusun: Zakaria Osman
ISBN: 983-72-0372-2
Harga: RM 25.00
Kamus Kejuruteraan Elektrik ini telah disusun untuk meliputi
istilah-istilah terpilih daripada pelbagai aspek kejuruteraan
elektrik. Pemilihan istilah-istilah tersebut telah dilakukan dengan
teliti terutamanya berdasarkan maklumat yang terkini. Di mana perlu,
lukisan-lukisan garis ditambah bagi menjelaskan lagi maksud
istilah-istilah tersebut.
Kembali
|
Kamus
Teknikal Dan Kejuruteraan Dengan Istilah Kejuruteraan
ISBN: 983-72-0004-9
Harga: RM 25.00
Kamus Teknikal Dan Kejuruteraan Dengan Istilah Kejuruteraan
ini diterbitkan khusus untuk keperluan golongan pelajar yang
mempelajari bidang teknikal dan kejuruteraan di peringkat sekolah,
kolej dan universiti. Secara umum, ia juga dapat membantu golongan
pekerja yang terlibat dalam bidang kerjaya teknikal dan
kejuruteraan.
Kamus ini mengandungi 1000 masukan yang meliputi segenap aspek
teknikal dan kejuruteraan serta disusun mengikut urutan abjad untuk
rujukan yang mudah. Disamping itu juga, terdapat gambar rajah -
gambar rajah yang jelas untuk mudah difahami oleh pembaca.
Kembali
|
Kamus
Internet
Penyusun: David Brown Jr.
Cetakan Pertama: 2002
ISBN: 983-72-0468-0
Harga: RM 17.50
Kamus Internet ini deterbitkan khusus untuk pengguna-pengguna
internet. Kamus ini mengandungi istilah-istilah yang tidak terdapat
di mana-mana kamus yang sedia ada.
Dalam kamus ini, istilah-istilah disusun mengikut abjad secara
teratur di samping huraian istilah diterangkan dalam bahasa yang
mudah difahami.
Kembali
|
Kamus
Komputer Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia
ISBN: 983-72-0026-X
Harga: RM 19.00
Sejajar dengan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi,
penggunaan komputer juga bertambah penting dalam pelbagai bidang.
Justeru, Kamus Komputer ini disusun khusus untuk
pengguna-pengguna atau mereka yang berminat mengetahui istilah
teknikal berkenaan dengan komputer. Ini kerana istilah komputer
mempunyai pengertian yang khusus dan biasanya tidak terdapat di
dalam kamus-kamus umum yang lain.
Istilah-istilah ini ditulis menggunakan Bahasa Inggeris, diikuti
dengan Bahasa Malaysia dan disusuli dengan tafsiran serta penerangan
untuk memudahkan pemahaman pembaca. Malah, ia juga mengandungi
singkatan-singkatan istilah tersebut dan definisinya.
Kembali
|
Kamus
Komputer Bergambar (Untuk Umur 9 Hingga 99 Tahun)
Penyusun: Anil Madaan
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 983-72-0501-6
Harga: RM 42.50
Kamus komputer ini mengandungi pelbagai istilah-istilah terkini yang
berkaitan dengan dunia komputer. Grafiknya yang menarik dan
bewarna-warni serta mudah difahami menjadikan kamus ini amat
bermanfaat dari segenap aspek pembelajaran. Kamus ini menerangkan
hampir kesemua istilah-istilah biasa yang berkaitan dengan
perkakasan, perisian, multimedia dan internet. Ia amat berguna
kepada orang yang baru hendak mula belajar komputer dan juga orang
yang sudah mahir tentang komputer.
Kembali
|
Apa
Yang Harus Diungkapkan Dalam Bahasa Inggeris
Penulis: Nurul Huda
ISBN: 967-9959-23-6
Harga: RM 2.90
Buku ini memuatkan kalimat-kalimat bahasa Inggeris yang seringkali
diucapkan dalam pergaulan dan percakapan seharian dalam bahasa
yang mudah dan ringkas.
Kembali
|
Cara
Menguasai Pertuturan Bahasa Inggeris: Bertutur Bahasa Inggeris
Dengan Cara Yang Efektif Dan Sistematik
Penulis: Ibrahim ismail
ISBN: 983-72-0084-7
Harga: RM 10.00
Sejak kebelakangan ini, kerajaan telah menyeru para pelajar di
Malaysia agar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik bagi
memperlengkapkan diri mereka dalam menghadapi era globalisasi masa
kini.
Memang tidak dinafikan, kebanyakan para pelajar di Malaysia gagal
memahami tentang cara atau kaedah bagaimana untuk menguasai
pertuturan Bahasa Inggeris dengan baik. Banyak faktor yang
menyumbang ke arah fenomena ini dan jika ia dibiarkan berlarutan
nescaya negara kita akan gagal dalam melahirkan pelajar yang mampu
membawa wawasan negara dan juga untuk berdaya saing dengan
negara-negara lain di masa hadapan.
Diharapkan buku ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada para
pelajar bagi memperbaiki kelemahan dan meningkatkan penguasaan
pertuturan Bahasa Inggeris mereka dengan lebih baik.
Kembali
|
Bahasa
Inggeris Untuk Sekretari
Penulis: Zakaria Hashim
ISBN: 983-72-0465-6
Harga: RM 15.00
Sebagai seorang sekretari, anda adalah tulang belakang kepada
perubahan syarikat. Ini kerana dengan kemampuan anda berbahasa
Inggeris dengan baik, dapat memberi imej terbaik mengenai pihak
atasan dan syarikat anda kepada tetamu atau pelanggan.
Buku ini dapat menjadi teman terdekat anda dalam meningkatkan
kemampuan berbahasa Inggeris. Buku ini mencakupi semua masalah yang
biasa ditemui dalam tugas seharian anda di pejabat mulai dari
menerima tetamu, bercakap di telefon, menulis surat, menyusun jadual
dan banyak lagi.
Kembali
|
Pertuturan
Bahasa Arab Mudah Dan Praktis
Penulis: Nurul Huda
ISBN: 978-983-72-0594-9
Harga: RM 9.00
Buku ini dapat memberi pertolongan yang besar kepada anda yang
bercadang untuk melawat, belajar, bekerja atau tinggal di
negeri-negeri yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan
perhubungan.
Kandungan buku ini lebih memberi penumpuan kepada perkara-perkara
utama dan asas dalam perbualan. Ini termasuklah semasa berurusan di
kaunter lapangan terbang, imigresen, hotel, pejabat pos, hospital
dan restoran. Bahasa yang digunakan adalah mudah dan senang
difahami. Kaedah sebutan dalam Bahasa Malaysia turut disediakan
untuk kemudahan pengguna.
Kembali
|
Perbualan
Bahasa Arab Dalam 30 Hari
Penulis: Nurul Huda
ISBN: 967-9959-21-X
Harga: RM 7.50
Kandungan buku ini lebih ditumpukan kepada perkara-perkara utama dan
asas dalam perbualan. Ini termasuklah untuk urusan jual-beli, di
kaunter hotel, pejabat pos dan hospital. Bahasa yang digunakan
adalah mudah dan senang difahami. Satu lagi keistimewaan buku ini
ialah ia disediakan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris dan Bahasa Arab.
Kembali
|
Kaedah
Tatabahasa Arab: Panduan Lengkap Dan Sistematik Dalam Mempelajari
Ilmu Nahu, Sorof Dan Balaghah
Penulis: Hifni Bek Dayyab dll.
ISBN: 967-9959-36-8
Harga: RM 17.50
Buku Kaedah Tatabahasa Arab ini adalah terjemahan dari buku
asal Qawaidul Lughahtil Arabiyyah yang dikarang oleh
sekumpulan ahli Lughah dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Terjemahan buku ini dilakukan khusus untuk membantu para pelajar di
peringkat sekolah menengah dan sekolah tinggi agama dan institusi
perguruan tinggi agama. Buku ini dapat memberikan pemahaman secara
menyeluruh kepada para pelajar yang selama ini sukar untuk menguasai
pembelajaran mereka terutamanya dalam bidang ilmu Nahu, Sorof dan
Balaghah.
Buku ini diterjemahkan dengan menggunakan bahasa yang mudah dan
tepat supaya para pelajar dapat memahami dengan jelas, dan
seterusnya dapat melihat secara tertib terjemahannya yang selari
dengan setiap konteks ayat dan kalimah pada naskhah asalnya.
Kembali
|
Bertutur
Bahasa Jepun Dalam 30 Hari
Penulis: Jamil Hashim
ISBN: 983-72-0094-4
Harga: RM 10.00
Seseorang yang tidak pernah mendengar pertuturan bahasa Jepun boleh
belajar menyebut perkataan-perkataan Jepun dengan betul hanya dalam
beberapa minit sahaja. Tanggapan bahawa bahasa Jepun sukar untuk
dipelajari dan disebut adalah tidak betul. Mereka mungkin keliru
kerana kesukaran menyebut beberapa perkataan yang jarang didengar
dengan betul. Dengan mengikuti arahan yang mudah seperti yang
diterangkan di dalam buku ini, anda akan mengajar diri anda sendiri
untuk menyebut perkataan-perkatan Jepun dengan lebih baik hanya
dalam masa 20-30 minit. Kemahiran ini akan membolehkan anda
berkomunikasi dalam bahasa ini dengan pantas.
Kembali
|
Perbualan
Bahasa Thai Cepat Dan Mudah
Penulis: Yazid Emwat
ISBN: 983-72-0083-9
Harga: RM 9.90
Buku ini disusun bagi kegunaan pelawat-pelawat yang ingin melawat ke
negeri Thai. Tujuannya ialah untuk mengajar cara menggunakan
perkataan dan frasa harian yang mudah yang membolehkan seseorang
pelawat itu bertutur dalam bahasa Thai. Pemilihan perkataan dan
frasa dalam buku ini boleh mengelakkan pelawat-pelawat daripada
salah faham apabila berurusan dengan hotel, membeli-belah, restoran
atau bertanyakan jalan atau lorong yang betul. Ejaan Rumi digunakan
secara keseluruhannya dan penggunaan simbol-simbol yang mengelirukan
adalah dielakkan.
Kembali
|
Perbualan
Bahasa Mandarin Cepat Dan Mudah
Penulis: Ibrahim Ismail
ISBN: 983-72-0545-8
Harga: RM 17.50
Buku Perbualan
Bahasa Mandarin Cepat Dan Mudah ini perlu dimiliki oleh para
pelajar yang berminat untuk mempelajari dan menguasai Bahasa
Mandarin dengan cepat. Terdapat banyak contoh-contoh perbualan dalam
beberapa situasi dan lokasi yang sering berlaku dalam kehidupan
seharian yang bertujuan untuk memantapkan lagi pemahaman para
pelajar.
Buku ini juga boleh dijadikan sebagai satu panduan bagi para
pelancong luar negara khususnya dari negara China, yang ingin
melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Malaysia. Secara
tidak langsung, buku ini akan memudahkan lagi komunikasi antara
mereka dengan penduduk tempatan semasa berada di Malaysia.
Kembali
|
Belajar
Bahasa Jepun Cepat Dan Mudah
Penulis: Jamil Hashim
ISBN: 978-983-72-0570-3
Harga: RM 19.90
Buku ini perlu dimiliki oleh
para pelajar yang berminat untuk mempelajari dan menguasai bahasa
Jepun dengan cepat. Terdapat banyak contoh-contoh perbualan di
beberapa situasi dan lokasi yang berlaku dalam kehidupan seharian
untuk memantapkan lagi pemahaman para pelajar.
Kembali
|
Menulis Surat Rasmi Dan Surat Perniagaan Dengan Contoh-Contoh
Penulis: Ibrahim Ismail
ISBN: 967-72-0019-7
Harga: RM 17.50
Buku ini bertujuan untuk
memberi panduan penting kepada seseorang dalam menulis surat rasmi
dan surat perniagaan secara efisien. Sebelum seseorang itu
hendak menulis sesuatu surat sama ada surat rasmi ataupun surat
perniagaan, terlebih dahulu ia perlu memberi penekanan tentang
beberapa perkara penting; antaranya tujuan surat itu ditulis dan
kepada siapa, menggunakan bahasa yang mudah dan jelas, mengelakkan
ungkapan atau klise yang tidak memberi apa-apa makna,
menggunakan tatabahasa yang betul dan sebagainya. Jika
panduan-panduan dalam menulis surat ini diikuti dengan sistematik,
pembaziran masa dan tenaga dapat dielakkan.
Kembali
|
Panduan
Surat-Menyurat Sosial Dan Perniagaan Dengan Cara Mengalamatkan Surat
Dan Contoh-Contoh
Penulis: Ibrahim Ismail
ISBN: 967-9959-11-2
Harga: RM 12.00
Buku ini boleh meningkatkan kemahiran dan kecekapan anda dalam
hubungan Sosial dan Perhubungan. Contoh-contoh panduan ini adalah
lengkap dan mudah difahami serta memenuhi kehendak semua peringkat.
Kembali
|
Contoh
Surat-Surat Urus Niaga Yang Komprehensif:
Panduan Lengkap Untuk Tokoh Korporat Yang Sibuk
Penulis: Ibrahim Ismail
ISBN: 983-72-0235-1
Harga: RM 22.50
Buku ini mengandungi lebih daripada 300 surat-surat urus niaga yang
efektif dan komprehensif yang merangkumi pelbagai jenis cabang urus
niaga. Ia boleh dijadikan sebagai suatu panduan yang bermanfaat
untuk syarikat-syarikat perniagaan dan badan-badan korporat masa
kini dalam menjalankan sesuatu urus niaga. Surat-surat ini ditulis dalam bentuk gaya moden di samping
susunan bahasa yang mudah difahami, untuk memberi suatu gambaran
tentang prinsip-prinsip urus niaga yang efisien dan efektif, khusus
dalam sistem perdagangan dan perniagaan.
Buku ini adalah satu manual bantuan yang efektif bagi golongan
usahawan dan tokoh-tokoh korporat dalam menjalankan urus niaga
masing-masing dan ia juga boleh dijadikan sebagai panduan oleh para
pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi yang mempelajari bidang
perniagaan dan pengurusan korporat masa kini.
Kembali
|
Merancang
Kehidupan Seharian Anda
Penulis: Sherina
ISBN: 983-72-0172-X
Harga: RM 10.90
Buku ini mengandungi 30 cara atau kaedah untuk anda jadikan panduan
bagi merancang kehidupan seharian dan juga masa depan anda.
Ia dipersembahkan dalam gaya bahasa yang mudah supaya para pembaca
dapat memahami dan mengamalkannya dengan teratur dan sempurna.
Kembali
|
Kursus
5 Hari Berfikir
Penulis: Edward de Bono
ISBN: 983-72-0258-0
Harga: RM 17.50
Ramai orang tidak mengambil berat tentang cara berfikir. Ini kerana
mereka menganggap berfikir berlaku secara semulajadi dan tidak
memerlukan kemahiran. Justeru, buku ini ditulis untuk menerangkan
teknik-teknik berfikir melalui situasi-situasi terpilih berdasarkan
situasi yang mudah, penglibatan dan pencapaian agar ia dapat
menimbulkan keseronokan kepada pembaca dan membina suatu kesedaran
dalam cara berfikir sendiri.
Kembali
|
Buku
Panduan Untuk Revolusi Positif
Penulis: Edward de Bono
ISBN: 983-72-0270-X
Harga: RM 17.50
Buku ini sebenarnya bukanlah mengenai kebiasaan berfikir dan
cara-cara berfikir. Buku ini adalah mengenai latar belakang asas dan
situasi bagaimana kita dapat menggunakan kemahiran berfikir kita.
Jikalau kita sudah bersedia untuk menjadi negatif, kemahiran
berfikir kita akan membantu kita menjadi negatif. Jikalau kita
bersedia menjadi positif, kemahiran berfikir kita akan membantu kita
menuju ke arah itu. Ini bukan sikap berat sebelah emosi kita - ini
merupakan sikap asas kewujudan kita.
Kembali
|
12
Langkah Menuju Daya Ingatan Lebih Baik
Penulis: Imran Jafar
ISBN: 983-72-0369-2
Harga: RM 15.00
12 Langkah Menuju Daya Ingatan Lebih Baik memberi anda
petunjuk-petunjuk berguna serta teknik-teknik efektif untuk
mengingati nama, wajah, tempat, alamat dan perkara-perkara lain yang
sangat sulit untuk diingati. Anda akan belajar bagaimana cara
menyerap data secara lebih efisien, menyimpannya dalam ingatan, dan
mengingatinya ketika diperlukan. Anda akan menjadi
pengacara yang lebih baik, pekerjaan dan kemampuan anda akan
meningkat dan anda tidak akan menjadi pelupa lagi.
Kembali
|
Pemikiran
Selari
Penulis: Edward de Bono
ISBN: 983-72-0412-5
Harga: RM 22.50
Selama 2500 tahun, kita telah mengikuti sistem pemikiran yang
dirangkakan oleh ahli-ahli falsafah Yunani, iaitu Socrates, Plato
dan Aristotle, berdasarkan analisis, penilaian dan pendebatan.
Adakah pemikiran tradisional ini memadai pada hari ini?
Petak-petak lama tidak lagi memadai untuk menangani dunia yang pesat
berubah pada hari ini. Jadi penilaian dan pendebatan tidak lagi
dapat menyelesaikan masalah atau memajukan kita. Kita perlu beralih
daripada penilaian kepada merekabentuk. Bagaimana kita boleh
merekabentuk ke hadapan daripada 'kemungkinan selari'?
 |
Menerima
kemungkinan tanpa menilainya dan meletakannya secara selari |
 |
Menerima
kedua-dua belah percanggahan dan meletakannya secara selari |
 |
Kemudian
merekabentuk ke hadapan daripada kemungkinan selari |
Edward de Bono merupakan salah seorang pemikir
tentang pemikiran yang terkemuka di dunia. PEMIKIRAN SELARI bukan
tentang falsafah tetapi tentang pemikiran praktikal yang diperlukan
untuk melakukan sesuatu.
Kembali
|
Sistem
Ultra Minda ESP Jose Silva: Perubahan Minda Menuju Kejayaan
Penulis: Ed Bernd Jr.
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 983-72-0510-5
Harga: RM 32.50
Buku ini menerangkan cara bagaimana anda boleh menggunakan kuasa
minda anda yang sungguh menakjubkan itu untuk berkomunikasi dengan
suatu kuasa yang lebih tinggi dan memohon bimbingan yang akan
membolehkan anda berjaya, bahagia serta berasa puas hati dengan
kehidupan anda di muka bumi.
Dala buku ini anda berpeluang untuk mempelajari suatu siri teknik
pengurusan diri yang unggul dan yang boleh membantu anda bagi
mengatasi segala rintangan yang menghalang usaha anda untuk mencapai
kejayaan dan memenuhi matlamat sebenar kehidupan anda di dunia ini.
Kembali
|
Berani
Menang
Penulis: Mark Victor Hansen & Jack Canfield
ISBN: 983-72-0422-2
Harga: RM 19.90
BERANIKAH ANDA MENYAHUT CABARAN?
Bagaimanakah pencapaian anda sekarang?
Boleh tahan saja? Tidak begitu baik? Boleh hidup?
Mark Victor Hansen percaya bahawa banyak lagi yang boleh kita
nikmati dalam kehidupan ini ..... jika kita berani mencuba. Berani
Menang memberikan satu panduan untuk melakukannya - dengan
membina keyakinan dan juga harga diri membolehkan kita berfikir
seperti seorang pemenang. Program yang mudah ini amat berkesan untuk
semua orang, tidak kira apa matlamat peribadi mereka.
Kembali
|
Ke
Arah Hidup Tenteram Dan Bahagia
Penulis: Dale Carnegie
ISBN: 983-72-0141-X
Harga: RM 27.50
Buku ini:
 |
Memberikan
petunjuk-petunjuk yang praktik dan sudah teruji untuk
mengatasi kesedihan, rasa cemas dan kegelisahan hidup |
 |
Memberikan
petunjuk cara mengurangkan 50 peratus daripada rasa cemas dan
kesedihan anda di bidang perniagaan dengan sekelip mata |
 |
Memberi
anda 7 cara untuk memperolehi kehidupan yang tenteram dan
bahagia |
 |
Memberikan
petunjuk kepada anda mengenai cara mengurangkan rasa cemas dan
kesedihan hati di bidang kewangan |
 |
Memberikan
petunjuk cara mengambil keuntungan daripada kritikan yang
dilontarkan terhadap anda |
 |
Memberikan
petunjuk kepada suri rumahtangga bagaimana cara menghindarkan
rasa penat - dan cara mengekalkan awet muda |
 |
Memberikan
petunjuk kepada anda cara menghindarkan pengaruh emosi |
 |
Menunjukkan
4 amalan baik untuk mencegah rasa letih, sedih, cemas dan
gelisah |
 |
Menyajikan
kisah-kisah orang biasa dan masyhur, yang bercerita dengan
kata-kata mereka sendiri, bagaimana mereka mengatasi rasa
cemas, gelisah dan sedih dan kemudiannya bagaimana mereka
dapat hidup tenteram, gembira dan bahagia. |
Kembali
|
Pengurusan
Diri Untuk Kejayaan
Penulis: John Tschohl
ISBN: 983-72-0281-5
Harga: RM 25.00
Sebuah cerita kejayaan John Tschohl atas usahanya sendiri akan
memberitahu segalanya apa yang anda perlu tahu. Buku ini adalah buku
yang berkesan, yang dihasilkan oleh ushawan khidmat industri pertama
yang seumpama untuk khidmat indutri profesional. Ia padat dengan
maklumat-maklumat yang bernilai dan diperturunkan dengan jelas. Anda
akan mempelajari:
 |
Peluang
sebagai modal untuk kemajuan kerjaya |
 |
Menyepadukan
pemikiran kemajuan diri dengan konsep-konsep khidmat penting |
 |
Ketahui
sikap menerusi teknik-teknik pengakuan berkesan |
 |
Memantapkan
objektif yang jelas untuk memuaskan tujuan kewangan |
 |
Pemerolehan
responsif hubungan menang dengan pengurus anda dan pelanggan |
 |
Membentuk
strategi untuk pengenalan dan pelaksanaan
... dan ratusan teknik lain agar anda juga boleh MEMBUAT
KEUNTUNGAN dan MENANG.
Kembali
|
|
Kunci
Kejayaan Napoleon Hill
Penulis: Imran Jafar
ISBN: 983-72-0405-2
Harga: RM 22.50
Buku ini mengandungi konsep dan idea yang dikembangkan selepas
terbitnya buku Think and Grow Rich yang memuatkan perbicaraan
dan penelitian yang praktikal dan terus terang tentang 17 prinsip
kejayaan. Prinsip ini telah diakui oleh Hill sebagai pusat kepada
tindakan dan sikap setiap orang yang telah memperoleh pencapaian dan
kejayaan yang berkekalan.
17 prinsip yang dibincangkan ini adalah daripada membina satu tujuan
yang pasti dalam hidup anda kepada memupuk wawasan kreatif dan dan
mengubah tabiat yang sudah berakar umbi. KUNCI KEJAYAAN NAPOLEON
HILL menunjukkan kepada anda cara mengenal pasti prinsip ini dalam
diri anda supaya anda boleh menambah dan memperteguhkan prinsip ini
serta menyertakannya dalam segala yang anda lakukan.
Kembali
|
Mencapai
Kejayaan Dan Kebahagiaan Hidup: Petua Untuk Menikmati Kehidupan Yang
Ceria, Bahagia Lagi Bermakna
Penulis: Jamil Hashim
Cetakan Pertama: 2005
ISBN: 983-72-0546-6
Harga: RM 19.00
Satu prinsip penting yang boleh anda pelajari dari buku ini ialah
kita harus mendaki tangga kejayaan dan kebahagiaan, dari satu tangga
ke satu anak tangga. Justeru, buku ini merangkakan satu program
sepanjang tahun untuk anda ikuti setapak demi setapak. Anda bermula
dengan matlamat jangka panjang. Semakin anda tumpukan tenaga dan
perhatian untuk mencapai matlamat jangka panjang ini, segala perkara
remeh dan kegagalan kecil saban hari dan minggu tidak akan dapat
melemahkan semangat dan tekad anda. Sentiasa ingat: tiada apa pun
perkara yang berlaku secara tidak sengaja mahupun secara kebetulan
dan dalam sanubari kita semua terpendam suatu tenaga yang amat besar
yang tidak terbayang oleh fikiran kita.
Kembali
|
Adab
Dan Profesionalisme: Gelagat, Taktik Dan Praktik: Pengadaptasian
Yang Perlu Anda Amalkan Dalam Persekitaran Tempat Kerja
Penulis: Imran Jafar
ISBN: 983-72-0552-0
Harga: RM 9.90
Buku ini mengetengahkan
tentang adab-adab atau tatasusila yang perlu ada di dalam diri
seseorang untuk mempraktikkannya di dalam pelbagai aspek kehidupan
mereka.
Setiap individu perlu menitikberatkan adab-adab atau tatasusila yang
baik di dalam pertuturan dan perlakuan mereka. Segala amalan murni
yang disemaikan oleh individu di dalam pelbagai bidang kerjaya
dengan mengamalkan adab-adab mulia ke arah menjadikan budaya kerja
yang profesionalisme, akan menjadi contoh teladan dan seterusnya ia
akan dipandang tinggi oleh masyarakat di sekelilingnya.
Kembali
|
Manual
Pertolongan Cemas: Prosedur kecemasan untuk setiap orang, di tempat
kerja, di rumah, di waktu lapang
Penyusun: St. John Ambulance, St. Andrew's Ambulance Association
& British Red Cross
Disemak & Dikemaskinikan sepenuhnya: 2005
ISBN: 983-72-0535-0
Harga: RM 39.50
Buku panduan ini merupakan manual rasmi Voluntary Aid Societies -
St. John Ambulance, St. Andrew's Ambulance Association dan British
Red Cross.
Buku ini memberikan panduan menyeluruh untuk merawat mangsa
kecederaan dari kesemua peringkat umur dalam sebarang kecemasan.
 |
Edisi
terbaru yang direka bentuk dan disusun semula dengan lengkap
untuk memudahkan akses segera bagi maklumat penting
pertolongan cemas |
 |
Teks
dikemaskinikan sepenuhnya bagi garis panduan pemulihan
pernafasan yang terkini |
 |
Ilustrasi
keseluruhan berserta dengan fotograf yang khusus dan lakaran
anatomi |
Kembali
|
Pertolongan
Cemas Dan Rawatan Kecemasan
Penulis: Azizah Ismail
ISBN: 983-72-0504-0
Harga: RM 17.50
Buku Pertolongan Cemas Dan Rawatan Kecemasan ini diterbitkan
khusus untuk kegunaan jururawat dan pembantu perubatan profesional.
Buku ini adalah sebagai panduan terkini dalam kursus Rawatan Umum
dan Perbidanan.
Pertolongan cemas ini amat penting dan perlu diberi pendekatan yang
terbaik kepada masyarakat umum untuk menghadapi situasi
mangsa-mangsa kemalangan, malapetaka dan bencana alam yang lain.
Pertolongan cemas ini merupakan rawatan atau jagaan yang bersifat
sementara yang diberikan kepada orang yang cedera dan sakit sehingga
khidmat ahli pertolongan cemas diperolehi.
Kembali
|
Pertolongan
Cemas Untuk Kanak-Kanak Cepat: Prosedur kecemasan untuk semua ibu
bapa dan penjaga
Dengan Kerjasama Palang Merah British
ISBN: 983-72-0138-X
Harga: RM 29.90
Buku ini memberikan panduan yang amat berguna kepada ibu bapa dalam
menghadapi sebarang kemalangan dan kecemasan yang menimpa anak-anak
mereka daripada luka dan lebam, kepada tercekik dan keracunan,
dengan cepat dan yakin.
 |
Setiap
rawatan ditunjukkan langkah demi langkah menerusi gambar yang
terang dan jelas |
 |
Susunan
dan rekaletak memudahkan rujukan dalam masa kecemasan |
 |
Padat
dengan panduan-panduan yang berguna untuk mencegah kemalangan
di dalam dan di sekitar rumah |
Kembali
|
Buku
Kecil Pertolongan Cemas
Penyusun: Palang Merah British
ISBN: 983-72-0626-9
Harga: RM 17.50
Buku panduan yang amat autoritatif untuk rawatan kecemasan dan
teknik pertolongan cemas.
Setiap tahun begitu banyak kemalangan yang berlaku di dalam dan di
sekitar rumah. Buku kecil pertolongan cemas menyediakan kepada anda
dan keluarga rujukan yang mudah untuk tindakan segera. Ia
mengandungi informasi penting berkenaan:
 |
Prinsip-prinsip
pertolongan cemas |
 |
Teknik-teknik
menyelamat nyawa |
 |
Rawatan
kepada kebanyakan kemalangan yang sering berlaku |
 |
Asas
alat pertolongan cemas |
Kembali
|
Asas
Kejururawatan
Penulis: Azizah Ismail
ISBN: 983-72-0368-4
Harga: RM 15.00
Buku Asas Kejururawatan ini ditulis khusus untuk membantu
para jururawat yang terlibat dalam bidang kejururawatan. Ia
merupakan buku panduan pertama yang berguna tentang teknik, prinsip
dan permasalahan kejururawatan.
Buku ini perlu dimiliki oleh pelatih-pelatih yang terlibat secara
langsung dalam ilmu kejururawatan dan sebagai buku rujukan segera
oleh para jururawat.
Kembali
|
Prinsip
Dan Amalan Dalam Bidang Kejururawatan
Penulis: Azizah Ismail
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 983-72-0550-4
Harga: RM 32.50
Buku PRINSIP DAN AMALAN DALAM BIDANG KEJURURAWATAN ini diterbitkan
khusus untuk para pelajar yang mempelajari bidang pengkhususan
kejururawatan di institusi-institusi di negara ini.
Buku ini mengandungi pelbagai prinsip-prinsip dan amalan-amalan yang
lazim digunakan dalam bidang kejururawatan. Terdapat banyak
maklumat-maklumat penting yang disusun dan dikemaskinikan bagi
memantapkan pengetahuan dan seterusnya memudahkan kefahaman para
pelajar mengenai bidang kejururawatan ini.
Kembali
|
Kamus
Kejururawatan
Penulis: Azizah Ismail
ISBN: 983-72-0428-1
Harga: RM 18.50
Kamus Kejururawatan ini diperlengkapkan dengan pencakupan
autoritatif dan komprehensif perbendeharaan yang diperluaskan dalam
profesion spesifik, terdapat banyak kata masukan dalam bidang-bidang
seperti perubatan, pembedahan, anatomi dan psikologi, psikiatri,
pemakanan dan farmakologi (termasuk dadah-dadah baru yang baru-baru
ini diperkenalkan dalam pengamalan klinikal).
Kembali
|
Prosedur
Kejururawatan Kecemasan
Penulis: Mary E. Mancini
ISBN: 983-72-0280-7
Harga: RM 24.50
Prosedur Kejururawatan Kecemasan ini disediakan sebagai bahan
rujukan segera kepada para jururawat yang berkhidmat dalam Jabatan
Kecemasan. Ia memberikan rujukan segera kepada pelbagai prosedur
yang seringkali dihadapi oleh jururawat-jururawat ini.
Prosedur-prosedur ini dipersembahkan dalam format yang amat berguna
kepada jururawat: dalam bentuk penyenaraian yang mudah, buku ini
memberikan tujuan, petunjuk, kontraindikasi, kelengkapan dan
prosedur langkah demi langkah, susulan dan dokumentasi bagi setiap
prosedur yang diberikan. Setiap prosedur distrukturkan dalam cara
yang sesuai digunakan sebagai piawai rawatan atau pengawas jaminan
mutu.
Kembali
|
Anatomi
Dan Fisiologi Untuk Jururawat
Penulis: Evelyn C. Pearce
ISBN: 983-72-0456-7
Harga: RM 37.50
Pelajaran anatomi dan fisiologi terkenal sebagai pelajaran yang
membosankan dan kurang menarik. Namun, buku ini lain daripada yang
biasa kerana ia memuatkan lebih daripada 200 rajah yang berfungsi
sebagai bahan ilustrasi sehingga anatomi dan fisiologi menjadi
begitu memikat. Rajah-rajah yang sederhana tetapi tepat membolehkan
para pembaca mencapai sasaran pelajaran anatomi dan fisiologi.
Karangan asal di dalam bahasa Inggeris yang telah diulang cetak
sebanyak 16 kali menunjukkan bahawa ia mempunyai daya tarikan yang
tersendiri.
Buku ini bukan sahaja bermanfaat kepada para pelajar kejururawatan
tetapi juga bagi mahasiswa kedoktoran dan sekolah-sekolah umum
sebagai pelengkap pendidikan ilmu biologi dan ilmu kesihatan.
Kembali
|
Mengatasi
Tekanan
Penulis: Dr. Richard Gillett
ISBN: 983-72-0279-3
Harga: RM 39.90
Buku ini merupakan suatu panduan yang komprehensif untuk mencegah,
merawat dan mengatasi tekanan, termasuk kaedah-kaedah ortodoks,
alternatif dan membantu diri.
Mengatasi Tekanan adalah panduan yang mudah, menyedarkan dan
konstruktif kepada masalah yang amat meluas. Buku ini melihat pada
semua tahap tekanan, menjelaskan bagaimana sejarah silam seseorang
itu dan personaliti dan juga faktor-faktor fizikal boleh menjejaskan
tahap mental dan melihat dan mengatasi tekanan, daripada kaedah
bantu diri yang mudah kepada bentuk psikoterapi dan rawatan fizikal.
Rawatan adalah panduan untuk menolong pembaca mencari terapi yang
betul. Bahagian yang akhir membincangkan cara-cara untuk menghalang
pengulangan.
Kembali
|
Memerangi
Penyakit Jantung
Penulis: Dr. Chandra Patel
ISBN: 983-72-0259-9
Harga: RM 37.50
Memerangi Penyakit Jantung menerangkan bagaimana jantung dan
sistem peredaran bekerja dan menceritakan bagaimana maslah-masalah
dapat dicegah, dikenalpasti dan kemudiannya dirawat dengan
menggunakan kombinasi sumber-sumber perubatan yang terkini dan kuasa
semulajadi badan untuk sembuh. Bahagian menolong diri sendiri
memfokus ke atas langkah-langkah konkrit yang banyak yang boleh kita
ambil bagi mencegah apa yang dikatakan sebagai pembunuh nombor satu
dalam dunia perindustrian dan sebab utama kehilangan upaya.
Kembali
|
Herba
Sumber Perubatan Tradisional
Penulis: Ayob Ismail
Cetakan Pertama: 2001
ISBN: 983-72-0445-1
Harga: RM 15.00
Dunia sekarang semakin moden dan canggih tetapi mengapa petua orang
tua-tua di dalam menghadapi masalah perubatan seharian harus kita
lupakan?
Petua orang tua-tua tidak kurang mujarabnya. Walau bagaimanapun,
terpulanglah kepada seseorang untuk mengamalkan secara tradisi atau
secara moden.
Umpama setitik embun, buku kecil ini diterbitkan adalah untuk
memberi panduan, sekurang-kurangnya sedikit maklumat jika ia dapat
dimanfaatkan oleh semua pembaca.
Kembali
|
Tumbuhan
Herba: Sumber Perubatan Tradisional Yang Hebat
Penulis: Ayob Ismail
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 983-72-0554-7
Harga: RM 19.00
Buku ini diterbitkan khusus
untuk masyarakat di negara ini yang ingin mengetahui tentang
keistimewaan dan kelebihan tumbuhan herba dalam merawat pelbagai
penyakit.
Tidak dinafikan bahawa tumbuhan herba memainkan peranan besar dalam
perubatan tradisional yang mana ia mampu merawat pelbagai penyakit
selain dari kaedah perubatan moden. Rawatan melalui kaedah
menggunakan tumbuhan herba ini diakui berkesan dan ia telah
diamalkan oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional sejak
turun-temurun.
Kembali
|
Khazanah
Herba: Koleksi Perubatan Tradisional Yang Hebat Dan Petua Orang
Tua-Tua
Penulis: Ayob Ismail
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 983-72-0506-7
Harga: RM 19.00
Penerbitan buku ini tepat pada masanya dan ianya umpama setitik
embun demi untuk memberi panduan dan manfaat kepada semua pembaca.
Kembali
|
Sistem
Bekalan Elektrik Dan Pengagihan
Penulis: C Duncan & EG Stocks
ISBN: 967-9959-20-1
Harga: RM 17.50
Buku ini adalah satu daripada 4 jilid yang pendek tentang
aspek-aspek asas kejuruteraan elektrik.
Topik-topik yang terdapat dalam jilid ini termasuk bekalan,
pengagihan dan kawalan dengan rujukan kepada Peraturan-Peraturan
Pendawaian I.E.E. edisi yang ke-15.
Susunatur, penggunaan gambarajah dan lakaran-lakaran ringkas,
disertai dengan jawapan pendek dan soalan-soalan ujian pilihan,
seharusnya menjadi bantuan yang berharga untuk mempelajari bidang
kursus yang berkaitan.
Kembali
|
Pemasangan
Sistem Kabel
Penulis: C Duncan & EG Stocks
ISBN: 967-9959-27-9
Harga: RM 17.50
Buku ini adalah satu daripada 4 jilid yang pendek tentang
aspek-aspek asas kejuruteraan elektrik.
Topik-topik yang terdapat dalam jilid ini termasuk penamatan kabel,
pemilihan kabel, sistem konduit dan teknik ikatan dengan rujukan
kepada Peraturan-Peraturan Pendawaian I.E.E. edisi yang ke-15.
Susunatur, penggunaan gambarajah dan lakaran-lakaran ringkas,
disertai dengan jawapan pendek dan soalan-soalan ujian pilihan,
seharusnya menjadi bantuan yang berharga untuk mempelajari bidang
kursus yang berkaitan.
Kembali
|
Pemasangan
Litar Elektrik
Penulis: C Duncan & EG Stocks
ISBN: 983-72-0518-0
Harga: RM 19.00
Buku ini adalah satu daripada 4 jilid yang pendek tentang
aspek-aspek asas kejuruteraan elektrik.
Topik-topik yang terdapat dalam jilid ini termasuk litar loceng,
litar jejarian dan gelang dan litar pemanasa dengan rujukan kepada
Peraturan-Peraturan Pendawaian I.E.E. edisi yang ke-15.
Susunatur, penggunaan gambarajah dan lakaran-lakaran ringkas,
disertai dengan jawapan pendek dan soalan-soalan ujian pilihan,
seharusnya menjadi bantuan yang berharga untuk mempelajari bidang
kursus yang berkaitan.
Kembali
|
Proses
Pemasangan: Penggunaan Tugas
Penulis: C Duncan & EG Stocks
ISBN: 967-9959-31-7
Harga: RM 17.50
Buku ini adalah sebuah daripada siri 4 buah buku tentang aspek-aspek
asas kejuruteraan elektrik.
Dua bab yang pertama adalah mengenai rekabentuk elektrik dan
pemasangan serta komunikasi. Tiga bab yang berikutnya, setiap satu
megemukakan contoh kerja yang diberikan jawapan dalam teks, diikuti
oleh tugasan yang serupa untuk pelajar-pelajar membuatnya. Jenis
pemasangan adalah berbeza dalam setiap bab. Keseluruhan rujukan
adalah kepada Peraturan-Peraturan Pendawaian I.E.E. edisi yang
ke-15.
Susunatur, penggunaan gambarajah dan lakaran-lakaran ringkas,
disertai dengan jawapan pendek dan soalan-soalan ujian pilihan,
seharusnya menjadi bantuan yang berharga untuk mempelajari bidang
kursus yang berkaitan.
Kembali
|
IEE:
Panduan Di Tapak Kerja: Keperluan-Keperluan Bagi Pemasangan Elektrik
Penulis: The Institution of Electrical Engineers, Hitchin, Herts,
United Kingdom
ISBN: 983-72-0495-8
Harga: RM 57.50
Buku Panduan Di Tapak Kerja ini diterbitkan secara umum untuk
keperluan juruelektrik yang berkemahiran dalam menjalankan kerja
pemasangan elektrik.
Segala nasihat dan jadual kerja yang diterangkan dalam buku ini akan
menjadi bahan rujukan sekiranya timbul sebarang keraguan dalam
menjalankan kerja-kerja pemasangan elektrik.
Kembali
|
Panduan
Juruelektrik
Penulis: John Whitfield
ISBN: 978-983-72-0611-3
Harga: RM 37.50
Kandungan
buku ini adalah berdasarkan buku teks "Peraturan Pendawaian
Bagi Pemasangan Elektrik IEE". Buku ini adalah padat dan
lengkap dengan rajah-rajah dan formula yang menjadikannya sesuatu
yang memang patut dimiliki oleh semua juruelektrik di tapak kerja.
Pengarang buku ini, John Whitfield, merupakan seorang yang
berpengalaman dalam bidang ini. Beliau juga merupakan ahli IEE dan
CIBSE serta telah mengarang beberapa buah buku tentang pemasangan
elektrik yang laris jualannya di pasaran.
Kembali
|
Panduan
Untuk Membeli Kereta Terpakai Dan Penyelenggaraannya
Penulis: Scott Kilmer
Cetakan Pertama: 2002
ISBN: 983-72-0497-4
Harga: RM 17.50
Buku Panduan Untuk Membeli Kereta Terpakai Dan Penyelenggaraannya
diterbitkan khusus buat mereka yang ingin membeli kereta terpakai.
Buku ini menerangkan bagaimana cara untuk memilih dan membeli kereta
di kedai yang menjual kereta terpakai. Untuk mengelakkan daripada
berlakunya sebarang penipuan dan penyesalan, pembeli dinasihatkan
agar mendapatkan bantuan seorang mekanik yang mahir dalam membuat
pemilihan dan pembelian kereta terpakai yang baik.
Kembali
|
Automotif
Mekanik: Panduan Membaiki Kereta
Penulis: Jamil Hashim
ISBN: 983-72-0174-6
Harga: RM 32.50
AUTOMOTIF MEKANIK ditulis bagi memenuhi keperluan sebuah buku yang
kemaskini yang meliputi kedua-dua teori dan praktikal. Teksnya
menyediakan asas semua komponen utama yang meliputi diagnosis,
perkhidmatan dan memperbaiki enjin. Ia juga mengajar anda cara-cara
membaiki kereta dengan sempurna dan menjadikan anda seorang mekanik
automotif.
Kembali
|
Cara-Cara
Membaiki Motosikal
Penulis: Jamil Hashim
ISBN: 983-72-0441-9
Harga: RM 14.00
Apakah yang harus kita lakukan apabila mengendalikan motosikal,
secara tiba-tiba ia tidak mampu digerakkan dan enjinnya tiba-tiba
mati? Apakah yang harus kita lakukan jika tiba-tiba breknya menahan
atau tidak berfungsi, rantainya putus atau lampu isyarat penunjuk
arahnya padam? Marah-marah? Berleter sendirian? Timbul perasaan
tidak mahu membawanya ke bengkel?
Buku ini menjawab semua permasalahan di atas. Atribut-atribut dan
komponen-komponen motosikal diperkenalkan kepada anda dengan bahasa
yang sederhana dan ilustrasi yang mencukupi. Berdasarkan
contoh-contoh (khusus) kerosakan dan cara-cara mengatasinya serta
teknik-teknik membaikinya satu demi satu maka buku ini bukan sahaja
dapat membantu semasa kecemasan tetapi juga dapat menambahkan
himpunan pengetahuan anda tentang kenderaan berenjin roda dua yang
dinamakan motosikal ini. Selain itu, ia juga menerangkan tentang
enjin dan komponennya sama ada enjin empat lejang atau dua lejang.
Justeru, buku ini dapat meningkatkan kesejahteraan, keselesaan dan
keselamatan semasa kita mengendalikan motosikal.
Kembali
|
Mencari
Kerosakan Enjin Diesel & Manual Diagnosis: Semua Jenis Enjin
Diesel: Indutri, Pertanian, Automotif, Marin
Penulis: David Ferguson
Cetakan Pertama: 2002
ISBN: 983-72-0485-0
Harga: RM 22.50
Buku Mencari Kerosakan Enjin Diesel & Manual Diagnosis
diterbitkan untuk memberi maklumat kepada pengguna yang berminat
dalam bidang kejuruteraan enjin dan juga tentang penyelenggaraan
serta pembaikan enjin diesel.
Buku ini mengandungi 6 bab yang meliputi beberapa subjek yang
berkaitan dengan enjin diesel dan kaedah-kaedah mengawal pengeluaran
asap yang berlebihan yang mencemarkan alam sekitar.
Buku ini juga memberi panduan secara urutan untuk menentukan punca
dan masalah kerosakan enjin. Langkah-langkah membaik pulih juga
diterangkan secara terperinci.
Kembali
|
Mekanik
Industri: Teori & Teknologi
Penulis: Zakaria Saad
Cetakan Pertama: 2002
ISBN: 983-72-0503-2
Harga: RM 19.00
Buku Mekanik Industri ini diterbitkan untuk memberi panduan
kepada pelajar tentang pelbagai teori-teori dalam bidang mekanik
industri khasnya dan kejuruteraan mekanikal amnya.
Dalam buku ini, dipaparkan pelbagai teori-teori yang mengikut
standard yang telah ditetapkan oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK). DI samping itu, buku ini dilengkapi dengan gambar
rajah-gambar rajah yang ringkas dan huraiannya pula diterangkan
dalam bahasa yang mudah difahami.
Kembali
|
Lukisan
Mesin Dalam Unjuran Sudut Pertama
Penulis: R. K. Dhawan
Cetakan Pertama: 2002
ISBN: 983-72-0467-2
Harga: RM 49.50
Buku Lukisan Mesin Dalam Unjuran Sudut Pertama ini
diterbitkan sebagai sumber rujukan untuk membantu pelajar khususnya
dalam membuat persediaan rapi bagi menghadapi peperiksaan
kejuruteraan yang begitu mencabar minda dan kreativiti mereka.
Dalam buku ini juga terdapat banyak teori-teori dan permasalahan
yang dihuraikan dengan jelas di samping penggunaan bahasa yang mudah
dan menarik.
Kembali
|
Pemerintah
Dan Pemimpin-Pemimpin Kerajaan Malaysia
Penulis: Siti Rosnah Haji Ahmad
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 983-72-0430-3
Harga: RM 145.00 (Kulit Keras)
Buku Pemerintah Dan Pemimpin-Pemimpin Kerajaan Malaysia
adalah suatu penerbitan yang unggul dan terkini dari Golden
Books Centre Sdn. Bhd. Buku ini telah disusun khas untuk membekalkan
ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada generasi muda hari ini dan
yang akan datang supaya mereka dapat mengenang jasa bakti Pemerintah
dan Pemimpin-Pemimpin terdahulu yang telah membina asas kewujudan
negara ini dan kemudian mewariskannya kepada pemerintah dan pemimpin
yang ada pada hari ini.
Buku ini mengandungi 5 bab yang menghuraikan jawatan, fungsi-fungsi,
alat-alat kebesaran, senarai dan profil kesemua Yang di-Pertuan
Agong Malaysia dari Yang di-Pertuan Agong Pertama hingga Yang
di-Pertuan Agong Kedua Belas. Buku ini juga mengandungi 2 bab
mengenai latar belakang dan sejarah perjuangan kesemua Perdana
Menteri bermula dari Almarhum Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
hingga Y.A.B Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Timbalan
Perdana Menteri bermula dari Almarhum Tun Abdul Razak Hussein hingga
Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Buku penuh berwarna ini
disusun mengikut susunan kronologi dengan gambar-gambar bagi kesemua
Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kembali
|
Raja
Permaisuri Agong: Payung Mahkota Ibu Pertiwi
Penulis: Siti Rosnah Haji Ahmad
Cetakan Pertama: 2006
ISBN: 983-72-0458-3
Harga: RM 250.00 (Kulit Keras)
Buku Raja Permaisuri Agong - Payung Mahkota Ibu Pertiwi
ini diterbitkan khusus untuk generasi masa kini yang masih cetek
tentang sejarah Raja Permaisuri Agong di Malaysia.
Dalam buku ini diterangkan mengenai sejarah Raja Permaisuri Agong
Pertama hingga Raja Permaisuri Agong Kedua Belas. Sejak negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah menyaksikan
sepuluh Puteri Diraja dan dua wanita kebanyakan bersemayam di atas
singgahsana atau takhta Kerajaan yang bergelar Raja Permaisuri Agong.
Sebagai wanita pertama negara, Raja Permaisuri Agong telah membentuk
satu imej wanita yang bertamadun dan bermartabat tinggi serta
berpekerti mulia yang menjadi kebanggaan wanita Malaysia pada hari
ini.
Kembali
|
Pemerintah
Dan Pemimpin Kerajaan-Kerajaan Negeri
Penulis: Siti Rosnah Haji Ahmad
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 983-72-0459-1
Harga: RM 59.00
Buku Pemerintah Dan Pemimpin Kerajaan-Kerajaan Negeri ini
diterbitkan khusus untuk generasi muda masa kini yang masih cetek
dengan ilmu pengetahuan tentang sejarah perjuangan Pemerintah dan
Pemimpin Kerajaan Negeri di Malaysia.
Dalam buku ini diterangkan mengenai perjuangan dan pengorbanan
Pemerintah dan Pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjuang untuk
membina dan mewujudkan sebuah negara berdaulat (Tanah Melayu)
sehingga lahirnya sebuah negara Malaysia yang maju, aman dan makmur
yang dapat dilihat pada hari ini.
Kembali
|
56
Tokoh Penemu Yang Paling Berjasa: Pencipta-Pencipta Dalam Sejarah
ISBN: 983-72-0081-2
Harga: RM 9.90
56
Tokoh Penemu Yang Paling Berjasa merupakan sebuah buku
pengetahuan am yang sesuai untuk dibaca dan dimiliki oleh setiap
pelajar yang ingin menambah pengetahuan am mereka. Buku ini juga
dapat membantu pelajar menambah pengetahuan mereka dalam
matapelajaran Sejarah.
Selain untuk pelajar, buku ini juga amat berguna untuk perpustakaan
sebagai rujukan dan bacaan umum.
Kembali
|
Senarai
100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah
Penulis: Michael H. Hart
Cetakan Pertama: 2004
ISBN: 983-72-0517-2
Harga: RM 39.50
Buku Senarai 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah
ini merupakan suatu buku yang ringkas lagi padat mengenai
tokoh-tokoh yang hebat dalam sejarah, di mana ia lengkap dengan
anekdot, data biografi dan pencapaian yang utama.
Kembali
|
Mengurus
Agenda Abad 21: Cabaran Dan Persiapan Dalam Era Globalisasi
Penulis: Wan Liz Ozman Wan Omar
ISBN: 983-72-0413-3
Harga: RM 29.90
MENGURUS AGENDA ABAD 21 ini membicarakan secara bersepadu isu-isu
kontemporari dan futuristik yang sedang dan akan dihadapi oleh
Malaysia dalam alaf baru dari perspektif agama, budaya,
sosio-ekonomi, gender, keusahawanan dan politik. Pemahaman dan
kepekaan kita terhadap isu-isu tersebut akan dapat meningkatkan lagi
keyakinan dan ketahanan diri, kompetensi, daya saing dan keiltizaman
kita dalam menangani dan mengurus cabaran-cabaran dalam abad ke-21.
Buku ini menghujahkan bahawa usaha untuk membentuk negara Malaysia
yang unggul dan par-excellence yang mampu bersaing dalam era
globalisasi pada alaf baru menuntut kepada satu anjakan paradigma
dan rekayasa (reengineering) sosio-budaya secara holistik di
semua peringkat masyarakat. Ianya juga membincangkan konsep hakiki
pembangunan dan acuan kemajuan yang perlu diterapkan ke arah
pembinaan masyarakat maju yang berteraskan kepada etos dan sistem
nilai yang luhur.
Buku ini akan memberi banyak manfaat khasnya kepada golongan
pemimpin, budayawan, aktivis sosial, mahasiswa, guru, pentadbir
awam, pengurus korporat dan generasi muda dalam usaha untuk
mempersiapkan warga masyarakat bagi menghadapi cabaran dan rintangan
realiti baru yang semakin kompleks sifatnya dalam abad ke-21.
Kembali
|
Ruang
Dan Waktu
Penulis: Adam Kadir
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 983-72-0516-4
Harga: RM 25.00
Buku ini mengandungi ulasan-ulasan dan pendapat-pendapat terhadap
pelbagai konsep, senario dan peristiwa yang berbentuk kontemporari
dan berasaskan fakta dari disiplin ilmu-ilmu tertentu. Pengalaman
secara global dan sumber-sumber pembacaan yang dimungkinkan oleh
kemudahan-kemudahan akses yang wujud dalam lawatan ke pelbagai
tempat dan rantau di sejagatan dunia oleh penulis telah menyumbang
kepada buku ini. Perincian buku ini akan mendedahkan bahawa
topik-topik yang diliputi menjangkau dari masalah sosio-politik dan
sosio-ekonomi kampung kepada isu-isu geo-politik di peringkat
Bangsa-Bangsa Bersatu dan hubungan antarabangsa yang lain, termasuk
tragedi Afghanistan, Iraq dan Menara Kembar New York.
Kembali
|
Tatacara
Mengendalikan Majlis: Mesyuarat, Perjumpaan, Persidangan dan
Perbincangan
Penulis: Jamil Hashim
ISBN: 983-72-0446-X
Harga: RM 19.50
Buku ini adalah khas untuk pengerusi, setiausaha dan bendahari
pertubuhan-pertubuhan sukarela dan juga mereka yang mahu memahami
prosedur dalam majlis tempatan, perdebatan dan sebagainya. Buku ini
menerangkan kekompleksan dan peraturan-peraturan tentang prosedur
mesyuarat, perjumpaan, perbincangan dan persidangan. Ahli-ahli
jawatankuasa dan para pegawai akan dapat memahami kaedah-kaedah dan
sistem-sistem yang berkaitan dengan organisasi mereka sendiri.
Kembali
|
Uji
Anak Anda: Bagaimana mengetahui dan mengukuhkan potensi sebenar anak
anda
Penulis: Dr Miriam Stoppard
ISBN: 983-72-0277-7
Harga: RM 47.90
Sebuah buku yang dapat menjawab semua persoalan ibu bapa...
"Bagaimana cara terbaik saya boleh membantu anak
saya?""
Ditulis untuk ibu bapa yang mempunyai anak baru lahir hingga ke
peringkat sekolah - suatu masa yang amat penting untuk pengetahuan -
Uji Anak Anda menunjukkan anda bagaimana untuk menaksir
kemampuan, memberi penjelasan skil-skil yang perlu dikuasai dan
perindan bagaimana menolong anak anda mencapai potensinya.
Padat dengan idea-idea untuk permainan, aktiviti-aktiviti dan
permainan yang mengalakkan sifat ingin tahu, pengujikajian dan
kecekapan.
Kembali
|
Atlas
Dunia: Panduan Kepada Negara-Negara Merdeka Dunia Termasuk
Bendera-Bendera Kebangsaannya
Cetakan Pertama: 2003
ISBN: 983-72-0452-4
Harga: RM 32.50
Atlas Dunia - direka bentuk untuk memberi penjelasan terkini
tentang keadaan geografi negara-negara di dunia yang telah banyak
berlaku perubahan. Peta, bendera dan statistik yang berkaitan dengan
keluasan, penduduk dan sebagainya di samping penerangan yang ringkas
dan padat serta mudah, amat berguna kepada pelajar-pelajar sekolah,
pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi ataupun di pejabat-pejabat.
Peta-peta ini dipersembahkan dengan jelas dan lengkap sebagai
panduan bagi negara-negara di dunia yang baru mencapai kemerdekaan
termasuk negara-negara yang baru wujud pada awal tahun 1990-an.
Selain daripada itu, ia juga disusun mengikut abjad iaitu dari
Afghanistan hingga ke Zimbabwe menggunakan bahasa Inggeris sejajar
dengan penggunaannya pada masa kini di seluruh dunia. Penerangan
tentang benua juga disertakan sebagai pengenalan kepada
negara-negara yang disebutkan.
Kembali
|
Belajar
Bermain Golf Dalam Seminggu
Penulis: Peter Oosterhuis & Richard Stafford
Cetakan Di semak Semula: 2005
ISBN: 983-72-0333-1
Harga: RM 27.50
Belajar Bermain Golf Dalam Seminggu memperkenalkan anda
kepada sukan yang paling popular di dunia. Buku ini meliputi bukan
sahaja teknik-teknik asas bermain tetapi juga kecekapan bermain,
iaitu bagaimana memperolehi handikap dan menganggotai kelab-kelab
golf.
Buku ini juga menerangkan semua aspek permainan golf dengan
ilustrasi berwarna, dari membeli alat, merancang latihan sehinggalah
kepada asas dan teknik serta etiket permainan golf.
Kembali
|
Melukis
Kenderaan
Penulis: Victor Gibbs
ISBN: 983-72-0256-4
Harga: RM 9.90
Buku lukisan bermaklumat ini mempunyai visual yang tinggi dan
pendekatan yang praktikal. Dengan bantuan cara melukis
langkah-demi-langkah, pengarang (semuanya melibatkan artis-artis
profesional atau guru-guru) menjelaskan dengan terang dan ringkas
lagi padat bagaimana menggunakan pensel, pen dan dakwat, Conte
dan arang.
Siri ini meliputi bidang komprehensif subjek-subjek yang popular dan
setiap tajuk mengandungi seksyen-seksyen berkaitan bahan-bahan,
kandungan, perspektif dan teknik melukis yang berbeza - tradisional
dan inovatif.
Sila klik di sini untuk senarai lengkap judul-judul dalam siri
lukisan ini.
Kembali
|
Panduan
Surat-Menyurat Bisnes: Dengan Cara Mengalamatkan Surat Dan
Contoh-Contoh Yang Komprehensif
Penulis: Jim Dugger & Jamil Hashim
ISBN: 978-983-72-0571-0
Harga: RM 17.50
Buku ini diterbitkan khusus
untuk memberi suatu panduan kepada ahli-ahli bisnes yang sibuk dalam
mengharungi segala aktiviti perniagaan mereka saban hari.
Dalam buku ini, empat pertimbangan penting yang perlu ada dalam
sesuatu surat perniagaan, iaitu subjek, pembaca, tujuan dan gaya
atau susunan dititik beratkan.
Buku ini adalah suatu manual yang efektif dalam membantu ahli-ahli
bisnes menulis sesuatu surat dalam menjalankan perniagaan dan
sebagainya.
Kembali
|
Kamus Arab
(B.Melayu - B.Arab,
B.Arab - B. Melayu)
Penyusun: Baharom Ismail
ISBN: 978-983-72-0583-3
Harga: RM 25.00
Kamus ini diterbitkan khusus untuk para pelajar yang mempelajari
Bahasa Arab di pelbagai peringkat pengajian sama ada mereka yang
menuntut di peringkat rendah, menengah mahupun di institusi
pengajian tinggi.
Keistimewaan kamus ini adalah seperti berikut:
 |
Susunan
abjad atau huruf yang teratur |
 |
Lengkap
dengan makna yang jelas |
 |
Mudah
difahami oleh pengguna |
Kembali
|
Kamus
Mandarin (B.Malaysia - B.Mandarin,
B.Mandarin - B. Malaysia)
Penyusun: Simon Chua
Terbitan Pertama: 2007
ISBN: 978-983-72-0586-4
Harga: RM 13.50
Kamus ini diterbitkan khusus untuk para pelajar yang mempelajari
Bahasa Arab di pelbagai peringkat pengajian sama ada mereka yang
menuntut di peringkat rendah, menengah mahupun di institusi
pengajian tinggi.
Keistimewaan kamus ini adalah seperti berikut:
 |
Susunan
abjad atau huruf yang teratur |
 |
Lengkap
dengan makna yang jelas |
 |
Mudah
difahami oleh pengguna |
Kembali
|
Masalah
Haid Dan Pendarahan Wanita
Penulis: Dr. Mohd Rushdan Bin Md. Noor
Terbitan Pertama: 2008
ISBN: 978-983-72-0596-3
Harga: RM 42.50
Haid merupakan salah satu
proses fisiologi yang sangat unik dan kompleks di dalam kehidupan
seseorang wanita. Haid juga mempunyai kaitan dengan kesuburan dan
kesihatan tubuh badan seseorang wanita.
Maslah haid dan pendarahan faraj boleh mendatangkan implikasi yang
besar ke atas kehidupan seseorang wanita bukan sahaja dari aspek
fizikal tetapi juga dari segi psikologi dan seksual.
Buku ini memaparkan panduan lengkap dan menyeluruh mengenai semua
aspek haid dan permasalahannya termasuk kaedah-kaedah rawatan yang
terkini dan juga membicarakan tentang haid dari perspektif agama
Islam.
Kembali |
Menopaus
(Putus Haid) : Panduan Lengkap Untuk Wanita
Penulis: Dr. Mohd Rushdan Bin Md. Noor
Terbitan Pertama: 2009
ISBN: 978-983-72-0627-4
Harga: RM 42.50
Menopaus adalah haid terakhir
yang dialami oleh seseorang wanita. Dari titik tolak inilah mereka
akan mengharungi satu fasa kehidupan yang penuh dengan cabaran,
bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga emosi, psikologi dan
seksual. Menopaus yang tidak ditangani dengan sewajarnya boleh
menyebabkan berbagai-bagai masalah iaitu dari segi fizikal,
psikologikal dan seksual. Kesemua masalah-masalah ini sebenrnya
mempunyai kaedah-kaedah pencegahan serta rawatan yang kebanyakannya
sangat mudah dan berkesan untuk ditangani.
Buku ini memaparkan dengan lengkap panduan-panduan yang dapat
diamalkan oleh setiap wanita dalam menghadapi usia menopaus supaya
kualiti kehidupan mereka menjadi lebih baik di samping mereka dapat
terus menyumbang kepada produktiviti negara. Panduan-panduan yang
dinyatakan di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada bukti kajian
saintifik terkini. Pembaca juga berpeluang untuk mengetahui apakah
pandangan perubatan moden terhadap kaedah-kaedah rawatan
komplementari dan alternatif dalam menangani masalah yang berkaitan
dengan menopaus.
Kembali |
Pertuturan
Bahasa Rusia Cepat dan Mudah
Penulis: Dr. Victor A. Pogadaev
Terbitan Pertama: 2009
ISBN: 978-983-72-0634-2
Harga: RM 17.50
Buku ini diterbitkan khusus
bagi para pelajar yang berminat untuk mengambil subjek bahasa Rusia
di institusi pengajian tinggi di negara ini. Buku ini mengandungi 50
bab kesemuanya. Ia berkisar tentang rutin atau kehidupan harian
masyarakat dalam pelbagai situasi dan lokasi yang berbeza. Dalam
buku ini, ayat bahasa Malaysia yang diikuti dengan transliterasi
bahasa Rusia dan juga bahasa Rusianya adalah untuk memudahkan lagi
pemahaman para pelajar bagi menguasai bahasa ini dengan cepat.
Buku ini juga wajar dijadikan sebagai suatu panduan bagi para
pelancong dari Malaysia yang ingin melawati negara Rusia dan juga
sebaliknya.
Kembali |
Teknik
Belajar Dan Lulus Dalam Peperiksaan
Penulis: Sherina
ISBN: 983-72-0402-8
Harga: RM 12.50
Dalam dunia ini, tidak ada
pelajar yang bodoh. Hanya pelajar yang malas sahaja yang akan
menjadi bodoh. Jika anda seorang pelajar yang kurang pandai, jangan
bimbang. Anda mampu menjadi seorang pelajar yang bijak bistari jika
anda rajin berusaha dan belajar bersungguh-sungguh. Namun usaha anda
mungkin tidak berkesan andainya anda tidak menerapkan teknik atau
kaedah belajar yang betul atau membuat persediaan yang sistematik
bagi menghadapi sesuatu peperiksaan. Buku "Teknik Belajar dan
Lulus Dalam Peperiksaan" adalah panduan terbaik untuk anda.
Kembali
|
Cinta
Poligami: Isteri Tua vs Isteri Muda
Penulis: Puteri Areesya
Cetakan Pertama: 2013
ISBN: 978-983-72-0644-1
Harga: RM 15.00
Benarkah poligami melunturkan
kemanisan cinta, memusnahkan keharmonian rumah tangga dan
meruntuhkan institusi keluarga?
Respon isteri bila suami nak kahwin lagi, semakin ghairah menghias
diri. Ada yang sanggup melanggar batasan agama. berhabis beribu
ringgit, jumpa bomoh dan mandi bunga.
Apakah benar, isteri pertama selalu teraniaya? Isteri muda seksi,
bergaya dan menggoda sentiasa bahagia. Apakah rela isteri muda
berkorban jiwa seperti isteri pertama?
Banyak juga 'cinta poligami' membawa bahagia. Isteri-isteri macam
saudara. Tinggal serumah, tak pernah sengketa. Hebat suami ni! Apa
rahsianya?
'CINTA POLIGAMI: ISTERI TUA VS ISTERI MUDA' menjawab persoalan yang
anda ingin cari.
Kembali
|